Friday 3 January 2014

Bukan Aku Tak Cinta

"Nabilah, cepatlah. Aku nak balik hostel nak basuh kain, jemur kain, kemas rumah. Ni assignment aku pon belum sentuh lagi ni. Minggu depan dah kena hantar." ngomel Siti Aisyah panjang lebar kepada Nurul Nabilah, kawan rapatnya yang juga merupakan teman satu biliknya. Siti Aisyah seorang gadis biasa, bertudung cukup menepati syarak. Siti Aisyah dan Nurul Nabilah merupakan pelajar universiti tempatan dan sememangnya rutin harian kehidupan seorang mahasiswi sibuk dengan tugasan dan kuliah harian. Belum ditambah lagi dengan program-program tambahan untuk melengkapkan ilmu soft skill mereka. Permulaan perkenalan mereka adalah ketika Hari Orientasi Ambilan Baru mahasiswa mahasiswi 3 tahun lepas. Sudah jelas mereka bersisa 1 tahun lagi bagi menghabiskan pengajian ijazah mereka di universiti ini. Letih melihat Siti Aisyah mengomel, Nurul Nabilah mengemas barang-barangnya dan mendapatkan Siti Aisyah yang meletakkan kembali buku rujukannya di rak-rak buku perpustakaan tersebut. "Chah, kau ni bab membebel memang no 1 kan ? Macam la aku tak tahu ko ni memang busy memanjang. Ni pun untung kau ada assingmnent. Kalau tak nak spend time dengan aku pun aku boleh kira berapa kali jer tau. Aku jumpa kau pun time nak tidur. Belum tentu aku bangun tidur kau ada. Aduhai...". Siti Aisyah mendengar dan  mengangguk-angguk seolah-olah mengajuk percakapan Nurul Nabilah. "Dah sekarang ni.. siapa yang kuat membebel? Kau ke aku? Eh dah la. Jom kita balik. Naik tepu aku stay dalam library ni sehari suntuk. Nurul Nabilah hanya tersenyum melihat telatah sahabatnya. Siti Aisyah menarik tangan Nurul Nabilah dan mereka sama-sama menuju pulang ke asrama mereka yang terletak kira-kira 3km dari kampus mereka. dengan menaiki motorsikal.

Dalam perjalanan pulang ke asrama, Siti Aisyah yang membonceng Nurul Nabilah terserempak dengan sebuah motorsikal yang tersadai. Pada pengamatan mereka, mereka amat mengenali motorsikal tersebut. Ianya kepunyaan Hilman dan Imran sahabat seperjuangan pengajian mereka. Yang peliknya, keadaan jalan raya yang sentiasa sibuk sebelum ini kelihatan sungguh sunyi. Tidak seperti biasa dan tiada orang yang lalu ketika itu. Tidak lama kemudian, Siti Aisyah menjerit apabila terlihat kelibat dua orang pemuda yang masih kelihatan segak berpakaian kemeja terbaring di tepi jalan. Dek kprihatinan Siti Aisyah dan Nurul Nabilah membuat keputusan untuk menghentikan deruan motorsikalnya  dan memeriksa keadaan Hilman dan Imran tanpa sebarang sentuhan. Lama mereka memerhatikan keadaan Hilman dan Imran. Tiba-tiba Imran menunjukkan tanda-tanda bahawa dia telah sedar. Dalam pada itu, Nurul Nabilah berbisik kepada Siti Aisyah. " Aku agak la.. Budak-budak ni ngantuk sangat sebab buat assignment sampai larut malam. Sebab tu la tak sempat sampai hostel tidur dulu kat sini." Siti Aisyah menjeling Nurul Nabilah dan menggetus dalam hati. 'Sempat lagi budak ni nak buat lawak'. "Eh kau ni. Tak baik lah. Kita tunggu dan tengok je reaksi Imran ni. Aku rasa budak dua orang ni jatuh motor ni. Tu sebabnya sampai pengsan."

"Chah... Bella", Imran memanggil dengan nada yang sangat halus suaranya. Tangannya memegang kepala dan mula mengesot ke arah Hilman. Chah.. Bella tolong aku angkat Hilman ni. Dia kena tikam sebab selamatkan aku. Kami hampir kena rompak tadi. Mendengar sahaja perkataan tikam, Siti Aisyah langsung menerpa ke arah Hilman yang terbaring kaku di situ. Kebetulan sebuah kereta melalui kawasan itu dan Nurul Nabilah berjaya menahan kereta itu. Seorang pemuda segak bergaya turun dan Nurul Nabilah menujukkan ke arah Hilman dan Imran. Keadaan Hilman sangat lemah. Kelihatan darah pekat membasahi baju kemejanya. Siti Aisyah lantas menarik keluar selendang Pashmina yang sememangnya panjang dan labuh  khas  untuk digunakan ketika menunaikan solat.Selendang tersebut sentiasa berada dalam beg kuliahnya. Siti Aisyah menyuruh Imran membalut luka Hilman dengan selendangnya itu. Imran menurut sahaja kata Siti Aisyah. "Im.. apa kes ni? Sampai Hilman terluka kena tikam ni?" Siti Aisyah amat risau akan keadaan Hilman yang sangat lemah itu. "Nanti aku cerita. Sekarang ni mintak tolong abang tu bawa Man ke hospital." kata Imran. Selesai sahaja Hilman dibawa masuk ke dalam kereta, Imran pun masuk ke dalam kereta untuk menemani Hilman. Perihal motorsikal diserahkan sepenuhnya kepada Siti Aisyah dan Nurul Nabilah. Kebetulan Nurul Nabilah boleh menunggang motorsikal. Jadi ditungganginya sehingga ke hadapan blok lelaki dengan ditemani Siti Aisyah. Pantas tangan Nurul Nabilah mendial nombor salah seorang coursemate mereka supaya mengambil dan meletakkan motorsikal Hilman di tempat yang sepatutnya. Calar balar keadaan motorsikal Hilman. Kerana tidak mengetahui keadaan sebenar, mereka tidak dapat menerangkan keadaan Hilman dan Imran.

"Bella.. aku nak pergi melawat Man dengan Im. Ajak kawan-kawan kita yang lain sekali." Siti Aisyah meletakkan beg kuliahnya dan mengambil wudhuk untuk menunaikan solat Zohor. "Eh kejap-kejap. Kau tunggu aku. Kita solat jemaah sekali. Nanti kita pergi sama-sama ke hospital. Aku dah update status kat facebook tu. Tunggu je lah komen-komen budak-budak ni." Nurul Nabilah turut menuruti langkah Siti Aisyah. "Wah cepat jer kan kau update yer". sempat lagi Siti Aisyah mengusik Nurul Nabilah. Sememangnya Nurul Nabilah tidak pernah berlekang dengan facebooknya walaupun ketika sibuk menyiapkan tugasan-tugasan yang diberi oleh pensyarah. Nurul Nabilah hanya tersengih dan tersipu malu.

"Alhamdulillah.. ramai juga yang melawat si Hilman tu yer Chah." Nurul Nabila menghelakan nafasnya dan duduk di sebelah Siti Aisyah. Siti Aisyah mengangguk dan hanya menunduk diam. Tidak lama Nurul Nabilah tersenyum dan mula menyakat Siti Aisyah. "Chah.. bukan main care lagi kau dengan Hilman tu. Hahaha... macam mengiyakan sahaja gosip tu". Siti Aisyah menjeling Nurul Nabilah. "Ah kau ni. Orang tu tengah sakit sibuk kau sebut-sebut perihal ni. Aku ni sebab ada sifat keperikemanusiaan lah aku tolong si Hilman tu. Hah, bukan Hilman jer.. Imran tu sekali kita tolong. Ni bukan masa yang sesuai lah nak sebut gosip-gosip tu. Lagi pun, kalau orang lain ade kat tempat mereka tu pun aku tolong tau" Siti Aisyah menafikan sekeras-kerasnya prasangka Nurul Nabilah terhadapnya. "Eleh, iya la tu."cebik Nurul Nabilah seolah-olah tidak menyetujui kenyataan Siti Aisyah. "Malas aku nak layan kau lah. Beli air gedegang lagi best. Lega sikit tekak aku ni dari bertekak dengan kau" Siti Aisyah bangun dan berjalan menuju mesin air minuman. Nurul Nabilah hanya tersenyum sinis melihat telatah sahabatnya itu.

" Alamak Bella.. mana fail aku ye?" ujar Siti Aisyah kepada Nurul Nabilah. "Alahai.. kau ni. Fail kau pun nak suruh aku jaga payah laa.. hahaha.. Kau tertinggal kot dalam bilik kuliah tadi." jawab Nurul Nabilah sambil menyengih. Sempat Siti Aisyah menjeling Nurul Nabilah kemudian menyambung kembali mencari failnya dalam beg. "Ish, tak ada lah. Adui mana pergi ni ? Banyak surat rasmi dalam tu. Paperwork program persatuan kita lagi. Adui parah-parah.." Siti Aisyah menggeluh dan menggeling-geling kepalanya. "Aku rasa kau tertinggal ni dalam bilik kuliah tu. Pergilah tengok dulu. Aku tunggu sini." Nurul Nabilah mencadangkan pendapatnya. "Ok lah.. Aku pergi tengok kejap". Siti Aisyah menerima pendapat kawannya dan berlalu pergi ke bilik kuliah. Siti Aisyah membuka pintu bilik kuliah. Mulutnya tidak henti-henti mengomel. "Penat mendengar tajuk-tajuk assignment tak hilang lagi. Sekarang fail pulak hilang. Aku bawak ke tak fail tu? Eh memang bawak laa.. Letak kat sebelah lagi dengan beg ni." Siti Aisyah berpusing-pusing di tempat duduknya semasa kuliah berlangsung tadi. Mukanya kusut dan berkerut-kerut dahinya. Penat mencari Siti Aisyah duduk di satu kerusi sambil cuba mengingatkan kembali di mana dia meletakkan failnya itu.

"Cari ni ke?" tiba-tiba muncul satu suara dari belakang Siti Aisyah. Hilman berdiri tegap sambil memegang sebuah fail. 'Eh, fail aku. Asal pulak ada kat tangan mamat ni.' getus hati Siti Aisyah. "Memang saya nak bagi pada awak tadi. Tapi awak laju jer keluar bila kuliah abis. Tu yang tak perasan fail awak jatuh kan?" sambung Hilman sambil berjalan menuju ke Siti Aisyah. Dia kemudiannya menghulurkan fail tersebut kepada Siti Aisyah. Siti Aisyah mengambil dan mengatur langkah untuk meninggalkan bilik kuliah tersebut. "Eh, tak cakap terima kasih pun? Uh silap. Sepatutnya saya yang cakap terima kasih pada awak. Kalau awak tak tolong saya dengan Imran hari tu tak tahu la nak jadi ape." kata-kata Hilman menyebabkan langkah Siti Aisyah terhenti. "Saya tolong atas dasar keperikemanusiaan. Sebab saya fikir awak tu hamba Allah lah saya tolong. Kalau ada orang lain yang terlantar kat tepi jalan pun saya tetap datang menolong. Assalamualaikum" Siti Aisyah berlalu. Hilman tersenyum melihat tingkah Siti Aisyah. "Eh.. Aisyah.. selendang awak ni....." Hilman terpaku. Kata-katanya tidak menemui noktah kerana langkah Siti Aisyah yang pantas meninggalkannya dalam bilik kuliah tersebut. Hilman mengangkat bahunya kemudian menyimpan kembali selendang Siti Aisyah ke dalam begnya. Dengan wajah yang agak bersahaja, Hilman turut melangkah meninggalkan bilik kuliah tersebut,

"Habis tu kau pulangkan ke fail dia, man?" tanya Syafiq Aiman dengan penuh rasa ingin tahu. Dia adalah teman sebilik Hilman. "Yelah. Takkan aku nak simpan pulak. Mau menangis Siti Aisyah tu nanti fail kesayangan dia hilang." kata Hilman sambil tergelak kecil. "Kau ada cakap ape-ape tak?" tanya Fitri sambil memegang gitarnya. Fitri merupakan pelajar bidang muzik dan juga merupakan teman Syafiq Aiman. Walaupun mereka berlainan bidang namun mereka sudah mula rapat sejak mula melangkah masuk ke dunia kampus. "Aku cakap terima kasih jer sebab dia tolong aku dengan Im hari tu. Itu jer la. Tapi dia tu sombong lah. Aku cakap terima kasih pun dia tak layan tahu. Senyum pun tidak." sambung Hilman sambil mencebikkan mukanya. "Alamak.. terlepaslah chance kau, Man" keluh Syafiq Aiman sampai memandang kesal ke arah Hilman. Hilman mengukir senyuman sinis kepada Syafiq Aiman.  "Hahahaha.. eh Man. Kau nak tahu ? Siti Aisyah tu baik orangnya.Dengan kita orang dia selalu senyum tau. Aku satu kumpulan assignment dengan dia dan Nurul Nabilah untuk subjek Sosiologi.  Jangan jeles, bro." Fitri ketawa besar sambil memetik-metik gitarnya. "Aah lah, Man. Aku tengok dia ok jer masa aku mintak tolong hari tu. Bukan main cemas lagi dia masa tengok keadaan kau masa tu. Nabilah pun.. Hehehe.." Imran pula menyambung sambil menunjuk-nunjuk gerak mimik mukanya. Hilman hanya tersenyum mendengar celoteh Imran, Fitri dan Syafiq Aiman. "Haa ni lah dia.. Kita duk celoteh panjang-panjang dia tahu senyum jer.. udah rupe senyum kambing teman nengoknye. Tahu lah dia tu hensem.. ada rupa Hans Isacc" Imran pelik melihat perihal kawannya itu sampai terkeluar loghat Peraknya itu.

'Such a beatiful mosque. I wish i can enter it some day'.. Henry Anderson bermonolog di hadapan Masjid Besar Kampung Tengah. Sedang Henry Anderson khusyuk merenung masjid matanya teralih kepada seorang perempuan muda yang baru sahaja keluar bersama seorang wanita yang agak berumur. Perempuan tersebut memegang erat tangan wanita tersebut dan memimpinnya ke arah kereta. Datang pula seorang lelaki yang berpakaian seperti orang-orang alim menuju ke kereta yang sama. Hati Henry Anderson tertanya-tanya gerangan perempuan tersebut. Cantik, lemah lembut dengan orang tua. Henry Anderson tersentak apabila bahunya ditepuk seseorang. "Eh Henry. Apa kamu buat di sini?" Pak Habil, imam Kampung Tengah menyapa Henry Anderson dengan penuh ceria dengan senyuman."Pak Habil, tak ada apelah. Cuma rasa tenang bila duduk sini. Saya suka dengar bacaan Pak Habil. Mendayu-dayu dan menyentuh hati. Saya tak tahu ape rasa ni. " Henry Anderson meluahkan perasaanya pada Pak Habil. "Yang kamu dengar tu bacaan ayat-ayat Quran. Bacaan yang selalu orang Islam baca dalam sembahyang. Mungkin itulah yang kamu dengar tadi." Pak Habil menerangkan kepada Henry Anderson. Henry diam dan termenung mendengar kata-kata Pak Habil. "Eh balik dululah Henry. Ada anak-anak kampung ni menunggu saya untuk diajar bacaan Quran." Henry Anderson tersentak dari lamunan kemudian tersenyum kepada Pak Habil. "Kalau macam tu marilah saya hantarkan Pak Habil. And if you don't mind, boleh tak saya join sekali kelas mengaji Pak Habil tu? Saya tak ganggu cuma mahu mendengar sahaja." pelawaan Henry Anderson diterima Pak Habil dan mereka pun bergerak ke rumah Pak Habil dengan motor Henry Anderson.

"Assalamualaikum" salam dihulurkan Pak Habil dan dijawab mesra anak-anak desa ini. Sudah menjadi rutin harian Pak Habil untuk menghabiskan sisa-sisa hidupnya selepas bersara sebagai pendidik dengan mengajar mengaji di rumahnya, Itu pun selepas selesai solat Asar berjemaah. Bagi Henry Anderson pula menjadi rutinnya dan kesukaannya untuk menghabiskan masa dengan duduk dan menikmati bacaan-bacaan yang dikumandangkan di corong-corong pembesar suara Masjid tersebut. Henry Anderson dengan motor kapcainya adalah satu-satunya anak Dr Anderson William dan Madam Seaw Fui Ming. Dr Anderson William merupakan seorang doktor terkemuka dan selalu ke luar negara. Manakala Madam Seaw Fui Ming merupakan seorang guru Bahasa Inggeris di sekolah berdekatan. Oleh kerana mendiang ayah Madam Seaw Fui Ming membeli tanah di kampung ini, maka Madam Seaw Fui Ming pun berpindah dan membesarkan Henry Anderson di sini. Sementara menunggu keputusan UPU, Henry Anderson bekerja sambilan di Kedai Runcit milik Puan Azizah. Tidak hairan apabila semua orang kampung mengenalinya memandangkan muka ala-ala Mat Salleh itu. "Hah anak-anak. Hari ini kita ada tetamu. Masuklah Henry. Jangan malu." Pak Habil menarik tangan Henry Anderson lalu mereka pun melangkah ke ruang tamu. Henry Anderson tersenyum apabila anak-anak kecik melihat tingkah Pak Habil terhadapnya itu. "Aisyah, tolong buatkan ayah dan Henry kopi." Pak Habil separuh menjerit ke arah dapur selepas melabuhkan punggungnya di lantai rumah. 'Who is Chah? Nak kata bini Pak Habil lama da meninggal.' hati Henry Anderson berbisik. Pak Habil pun memulakan bacaan Quran sambil diikuti anak-anak kecil itu. Terdetik di hati Henry Anderson sama ada anak-anak kecil ini faham atau tidak apa yang diikut dan dibaca. Sedang Henry Anderson termenung memikirkan perihal anak-anak kecil itu, datang seorang perempuan membawa dua cawan kopi. Ternyata perempuan yang dilihat di masjid tadi berada di hadapannya. Kedua-duanya membisu. Tiada apa-apa terucap di bibir masing-masing. Pak Habil mendekati Henry Anderson selepas tamat sesi pengajaran Quran. "Yang kamu lihat tadi anak saya, Siti Aisyah. Sebelum ni dia belajar di Sekolah Menengah Agama di Johor Bahru. Habis STPM dia balik la ke mari. Sebab tu mungkin kamu tak kenal dia." Pak Habil menghirup kopi tanpa mempelawa Henry Anderson. Henry Anderson hanya tersenyum mendengar cerita Pak Habil. 'No wonder I never saw her before. Whatever it is she's so beatiful even without any make up.' Henry Anderson menunduk dan menghirup kopi buatan Siti Aisyah. "Pak Habil, boleh ke Henry nak tanya?" suasana hening dipecahkan oleh suara Henry Anderson yang agak garau. "Selama Pak Habil mengajar anak-anak ni, Pak Habil tahu ke mereka ni faham atau tak? Bukankah al-Quran itu ditulis dalam Bahasa Arab? Mustahil bagi anak-anak ini untuk faham dalam usia seperti ini." Pak Habil tersenyum mendengar soalan dari Henry Anderson. Diletaknya cawan dan menghela nafas. Henry Anderson setia menunggu respon dari Pak Habil. "Henry, dalam asas permulaan  pendidikan adalah melalui proses pengetahuan. Bagi peringkat kanak-kanak ini mereka perlu ada pengetahuan mengenai isi yang terkandung dalam Quran supaya mereka tahu apa yang  mereka akan belajar. Membaca Quran ada hukumnya, ada maghrajnya dan ada juga taranum iaitu lagunya. Perkara-perkara inilah yang menjadi asas untuk anak-anak ini mendekati Quran" Henry Anderson mendengar dengan penuh tekun terhadap hujahan yang diberi sebelum ada satu suara yang datang dari arah dapur. " Dalam Al Quran ini ada menyebut iaitu Surah Ibrahim ayat 4 yang bermaksud.. "kami tidak mengutus seorang Rasul pun melainkan dengan bahasa kaumnya supaya dia dapat memberi penjelasan dengan terang kepada mereka." Hal ini menjelaskan bahawa Bahasa Arab bukan hanya untuk bangsa Arab malah bersifat universal dan boleh dipelajari dan difahami oleh semua orang Islam. Arabic language are also easier instead using of english language Mr Henry". Tersenyum Henry Anderson mendengar Siti Aisyah memanggilnya dengan gelaran 'Mr'. "Tidak usahlah gelaran 'Mr' tu Cik Aisyah. Segan saya macam ni." Henry Anderson menyatakan ketidak selesaannya itu. "Sebab itu, al-Quran ni perlu dibaca berulang kali. Di samping bacaan itu menenangkan hati, Al-Quran juga mengandungi unsur pengajaran untuk kita manusia pada zaman ini mengambil iktibar." sambung Pak Habil lagi mematahkan pandangan tulus Henry Anderson terhadap Siti Aisyah. Setelah menghirup kopi sehingga habis, Henry Anderson pun menyatakan hasrat untuk dia pulang. "Pak Habil, terima kasih atas perkongsian ilmu sebentar tadi. Sebenarnya ada sesuatu yang masih saya cari tapi belum jumpa. But it's ok. Maybe I should come and asking you some day. Saya balik dulu Pak Habil". Henry Anderson mula mengatur langkah. Selepas bersalaman dengan Pak Habil, Henry Anderson pulang menaiki motorsikalnya.Sempat juga dia menunduk dan mengukir senyuman kepada Siti Aisyah. Siti Aisyah membalas senyuman Henry Anderson.  Dalam benak fikirannya yang memikirkan perbualannya dengan Pak Habil terngiang-ngiang juga suara Siti Aisyah. Surah Ibrahim ayat empat..

"Arghhhhhhh....." satu jeritan memecah kesunyian malam di kolej kediaman pelajar. Hilman memegang kepalanya. Sakit yang ditanggung tidak dapat dikatakan. Habis basah bajunya dengan peluh menahan kesakitan di kepalanya. Hilman mula tidak keruan seperti orang kerasukan dan akhirnya dia terjatuh dari katilnya. Syafiq Aiman  yang sedang nyenyak tidur terjaga dan mula mendapatkan Hilman. "Man.. Man.. Kenapa dengan kau ni?" Syafiq Aiman memegang Hilman tetapi Hilman menepis tangannya. "Fiq.. Kau ambilkan ubat kat bawah meja tu. Cepat.." Hilman separuh menjerit mengarahkan Syafiq Aiman mengambil ubat yang terletak di bawah lacinya itu. Syafiq Aiman menurut saja suruhan Hilman itu. Diambilnya air dan dihulurkan ubat kepada Hilman. Hilman menelan ubat dan meneguk air serakusnya. Setelah beberapa minit, keadaan menjadi tenang semula. Hilman merenung sepi wajah Syafiq Aiman lalu naik kembali ke katil dan tidur. Syafiq Aiman terpinga-pinga dan menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Betul laa.. Aku yang tengok depan-depan. Dia menjerit, meraung macam orang gila tahu tak? Hah macam ni macam ni." keesokan paginya Syafiq Aiman melakonkan kembali kejadian yang berlaku semalam kepada Fitri dan Imran selepas selesai sahaja kuliah. Hilman masih tidak sihat dan dia tidak hadir ke kuliah pada pagi itu. Setelah selesai kuliah mereka kebiasaannya minum bersama di kedai berdekatan. "Apsal pulak si Man ni? Pelik aku dengar cerita kau ni Fiq. Tak pernah-pernah aku tahu Man jerit-jerit macam tu." Fitri pula menyambung perbualan dengan mengerut-ngerutkan dahinya. Mula memikirkan tentang sebab Hilman menjerit dan meraung malam kelmarin. "Eh Fiq.. Kau perasan tak ubat jenis apa yang kau bagi ke Man?" Imran bertanya kepada Syafiq Aiman. "Hah... yang ni kau kena tahu beb. Aku ni bukan borak-borak kosong jer dengan korang ni.. aku siap bawak lagi ubat yang Man telan malam tadi." Syafiq Aiman pun mengeluarkan plastik ubat dari dalam beg sandangnya. Imran dan Fitri menunggu dengan sabar. "Kadang-kadang kau ni bijak jugak Fiq." seloroh Fitri. Plastik ubat tersebut Syafiq Aiman hulurkan kepada Imran. Imran membelek-belek bungkusan itu sambil diperhatikan oleh Fitri dan Syafiq Aiman. "Fiq.. Man tahu tak kau ambil ubat dia ni?" tanya Imran. Seperti ada sesuatu yang mengganggu fikiran Imran."Tak.. aku ambil senyap-senyap. Dan biasanya dia makan ubat ni masa dia nak tidur jer" Syafiq Aiman memberikan penjelasan. "Jom" Imran mula bangun dan mengatur langkah. "Eh, nak ke mana?" Fitri bertanya dan mula menyusuli langkah Imran. "Hah, dah tu sape nak bayar ni semua?" suara Syafiq Aiman sayup saja kedengaran. Dia berbisik seorang diri, 'Aku lagi yang kena bayar. Mujur ada lagi duit PTPTN aku.' Syafiq Aiman pun membuat bayaran dan berlari pantas menuju ke sahabat-sahabatnya itu.

"Ubat ini adalah sejenis ubat untuk mengatasi masalah amnesia. Amnesia ini boleh berpunca daripada jangkitan, penyalahgunaan dadah dan alkohol, tidak cukup vaskular dan fizikal trauma." Dr Fatimah menerangkan kepada tiga sahabat ini mengenai ubat yang ditelan oleh Hilman. "Maksud doktor, kawan kami ini ada penyakit amnesia?" Imran mengemukakan soalan kepada doktor. Doktor Fatimah hanya mengangguk. " Dan kadang kala apabila pesakit lupa untuk makan ubat ini mengikut masa, pesakit akan merasa sakit yang amat sangat di bahagian kepalanya kerana terdapat kecederaan di bahagian tersebut. Boleh saya tahu, kawan awak tu pernah mengalami ambil alkohol atau dadah ke?" Ketiga-tiga pelajar ini saling berpandangan. Sepanjang persahabatan mereka, Hilman tidak pernah melakukan sebarang penyalahgunaan alkohol mahupun dadah. "Eh, sepanjang perkenalan saya dengan kawan saya ini, dia memang tidak pernah sentuh benda-benda haram ni." Syafiq Aiman dengan tegas meyakinkan Dr Fatimah. "Kalau begitu saya assume yang dia mengalami trauma.. Mungkin disebabkan kemalangan." setelah berpuas hati dengan keterangan doktor, mereka pun pulang menuju ke asrama. Dalam perjalanan pulang, Imran merenung dalam nama yang tercatat atas bungkusan plastik ubat tersebut. Henry Anderson. Siapa pula Henry Anderson ni? Dan kenapa pula Hilman makan ubat yang ada nama Henry Anderson? "Hui!" Fitri menepuk belakang badan Imran. Imran tersedar dari lamunannya. "Apa lagi yang kau fikir ni Im?" Fitri bertanya kepada Imran. Perbincangan mengenai ubat yang ditelan oleh Hilman tidak habis di klinik swasta sebentar tadi. "Cuba kau tengok nama ni." Imran menunjukkan nama yang tercatat atas plastik ubat tersebut kepada Fitri. Syafiq Aiman turut memanjangkan lehernya untuk melihat apa yang tercatat atas plastik ubat tersebut. "Henry Anderson?" Syafiq Aiman menyebut nama itu dengan penuh kehairanan. "Eh.. nama Mat Salleh mana pulak tu?" Fitri menyoal. "Balik ni kita tanya Man. Tu jer solusinya." Imran memberi jalan penyelesaian. Imran mempercepatkan langkahnya diikuti oleh Syafiq Aiman dan Fitri. Pantas mereka bertiga menghidupkan enjin motorsikal dan memecut laju ke arah asrama.

"I'm not done with you Henry Anderson. Selagi kau tak mati, selagi itu aku tidak akan hidup tenteram. Kalau tak kerana bapak kau si Anderson tu, pasti Fui Ming akan mengahwiniku. Apa-apa pun aku berpuas hati, riwayat hidup Anderson dan Fui Ming telah aku tamatkan dalam kemalangan 3 tahun lalu.Hahahahaha..." Bingit. Hela tawa itu sungguh bingit. Gambar tiga beranak Anderson William tertampal di satu sudut bilik kabin itu. Gambar Anderson William dan Seaw Fui Ming telah dipangkahkan. Yang tinggal hanya gambar Henry Anderson. Jacky Fan. Salah seorang penduduk Kampung Tengah yang juga rakan sekerja Seaw Fui Ming. Seorang guru matematik, berkaliber dan menaruh harapan kepada ibu Henry Anderson, Seaw Fui Ming. Namun, berita mengenainya terus lenyap semenjak Seaw Fui Ming memilih untuk menjadikan Dr Anderson William sebagai teman hidupnya. Dilaporkan Jacky Fan mengalami kemerosotan disiplin dan akhirnya sekolah tersebut memecatnya. Dendam terhadap keluarga Anderson William terus menyala-nyala apabila Jacky Fan mendapati Seaw Fui Ming telah mengandung tidak lama kemudian.

"Assalamualaikum." sapa Fitri kepada Nurul Nabilah yang sedang duduk menghirup air di kafe berseorangan. "Waalaikumussalam. Hah kau. Apa pasal lambat ?" bentak Nurul Nabilah. "Ala kau ni.. faham-faham aje la.. Aku ade projek siapkan lagu nasyid baru semalam. Tidur lambat. Jadi inilah hasilnya. Bangun lambat.Janganlah marah yer.. Hehehehe.." panjang alasan yang diberi Fitri kepada Nurul Nabilah. Sempat dia menyengih menampakkan barisan giginya yang putih. Nurul Nabilah menjeling tajam wajah Fitri dan menyambung hirupan air tersebut. Menyedari Nurul Nabilah yang mula merajuk, Fitri cuba mengubah suasana. "Eh, kau seorang jer ke ? Aisyah mana ?" "Dia pergi jumpa pensyarah tanya mengenai assignment yang kita nak buat ni lah. Aku dengan dia dan buat draft semalam. Tinggal nak bahagikan kerja jer ni." Nurul Nabilah membuat penjelasan. Fitri memuncungkan mulutnya dan mengaggguk tanda faham. "Hai semua.Selamat tengahari. Sory I lambat sikit. Lecturer keluarkan lambat lah tadi." Devi. Pelajar jurusan Ekonomi dan Perniagaan yang juga merupakan salah seorang rakan sekumpulan Nurul Nabilah, Siti Aisyah dan Fitri. Mereka masing-masing bekerjasama untuk menyempurnakan tugasan subjek profesional yang diwajibkan kepada semua mahasiswa mahasiswi universiti ini. "Hai Devi. Eh it's ok. Kita tunggu Aisyah jer sekarang ni." sapa Nurul Nabilah kembali. Fitri mengukir senyuman manis kepada Devi. "Kau ni.. senyum-senyum.Tak ada kelas ke hari ini ?" tanya Nurul Nabilah kepada Fitri. "Hari ni aku free.Tu yang aku bantai tidur tu. Hehehehe." jawab Fitri sambil menyengih. "Aiyoo tambhi. U tu kalau dapat peluang tidur saja." sampuk Devi. "Hahahaha.. badan banyak letih lah achi.. Itu pasal lah saya kasik tidur." jawab Fitri dengan nada sindirnya. Devi hanya mampu menjeling. Tidak lama kemudian, Siti Aisyah muncul dan mereka berempat berbincang mengenai pembahagian tugasan masing-masing.